Objektif Sistem Homeroom

Setiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat.
Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :

  • Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.
  • Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama.
  • Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah. Penasihat homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.