Bahagian yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar En Musa Bin Muhamad Ali, bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan ke semua program yang berkaitan kebudayaan sosial, perkhidmatan program motivasi, kurikulum, kebajikan dan keselamatan para pelajar. Lebih khususnya tanggungjawab bahagian ini lebih berkisar kepada disiplin pelajar dan peraturan maktab.